Tuesday, March 24, 2009

small reward from TV3

post 3 : Saturday, November 18th, 2006

fuh..first time aku menang contest TV.

2 minggu lalu aku join create cerpen 200 words dalam Wanita hari ini tv3 tu.sempena filem cinta tu la.sajer2 boring2.hadiah pun once in lifetime punya hadiah,makeover by mac,ticket wayang time launch,walk with style kat red carpet,and special appearance kat segment khas tv3,pastu ada la hamper kot.best tak? memang bagi aku best la kalau menangkan.sekali on last friday,dia announce kat whi yang aku is one of the 5 people yang menang utk contest tu…kembang2 aku..time tu aku tgh bagi addin makan,cam caya tak caya plak…hehehe..aku hebohkan la kat mak abah aku…derang gelak lak.abang syok la pasal semua hadiah2 nie akan melibatkan dia pasal dalam cerpen tu aku citer pasal dia.ptg jumaat tu azian pengacara whi tu call bagitau aku winner,(padahal dah puas hepi dah..hehehe).so ari selasa nie aku testing make over make up rabu plak set rambut…heheheh.addin kene la duduk ngan nenek pasal sejak kawen mama and papa tak pernah pg honeymoon,so kita nie first time la aku kuar dengan abang penuh glam sejak aku dapat addin.heheheh.masuk tv.sonoknya..glam..hehhehh.poyo giler.anyway..cerpennyer berbunyi begini secara ringkas la :


Antara Aku dan dia….
"Masa abang dekat jepun selama 7 tahun dulu,abang selalu nampak sepasang couple yang dah tua,kira-kira 80 tahun camtu la, jalan sama-sama sambil pegang tangan.bila seorang penat dah berjalan,yang sorang lagi mesti tunggu.Romantik sangat. I wish that my marriage soon will end up like that." Ini la line dari si dia yang buatkan aku jatuh cinta padanya hanya selepas 6 bulan menjadi rakan cyber.Aku jatuh hati habis.Tapi si dia baru sahaja putus cinta yang telah terjalin 7 tahun selama di Jepun kira-kira setahun lepas.Takkan semudah itu dia nak jatuh cinta lagi.mungkin dia anggap aku sebagai kawan sahaja.Tapi….
Setahun kemudian, akhirnya aku terima lamarannya dan harapanku agar aku dapat merealisasikan impiannya.Ironinya, jodoh pertemuan ditangan tuhan, ketika berkenalan aku adalah pelajar di Unimas Sarawak, manakala si dia pula pelajar di Jepun, dan masing-masing mencari cinta ketika di tempat belajar dulu,akhirnya bertemu jodoh di KL. Si dia tinggal di Gombak dan aku di Taman Melawati.Mencari cinta jauh-jauh, akhirnya bertemu dibelakang rumah juga.
Bagi kami cinta tak kenal tua dan muda, cinta tak kenal rupa…dan sebenarnya kita tak perlu cari cinta sebab ia ada dimana-mana sahaja. Kini kami sudah mempunyai seorang cahaya mata yang sudah tentu menambahkan lagi keceriaan hari tua kami ketika tanganku dipegang ketika berjalan bersama-sama nanti.


tamat…. poyo tak..msti la poyokan…hehehehe

kt sini aku bagi skit comment yang kawan2 aku bg :


Cha Says: November 19th, 2006 at 10:32 pm edit
sweet gla..sya pn hrp dpt cmtu..yela sya pn tgh mncari..bf dh xde kuang2

MUZAMIL-bobok Says: November 20th, 2006 at 3:52 am edit
Perrghh…. Gerek seh cerpen die.. Mcm Khabi Khushi Khabi Gam!! Ngeh2

dwen Says: November 20th, 2006 at 12:00 pm edit
poyo gak la..sebab ajis selalu duk lepak umah shah alam lepak isap rokok..bangun tido isap rokok..takde la pulak dia cite pasal pakcik n makcik tua nie..ayat dia nie buleh digune sebagai pickup line nie..tima kacihhhhh.neway ..baby korang dah besar ahh

nana Says: November 20th, 2006 at 11:38 pm edit
la…pasal OSHIN rupanya…mmg ar aku tak sangka!!!! cerpen ni pasal korang ke pasal OSHIN atau pasal shokubutsu…hhheheheheh..tahniahla korang mmg sehati sejiwa sehitam (jgn marah ha)semanis dan sedondon dan semaster sedegree seSPM seADDIN seCELICA selalu sesama serumah ..ok la bak skit adiah tu jgn sekedekut plak..:))

No comments:

Post a Comment