Tuesday, March 24, 2009

few other posts..

post 11 : Thursday, May 3rd, 2007


banjir di shah alam n impactnya pada kitaorang.


banjir dan impactnya ialah…kete hubby aku tersidai kat workshop dalam keadaan yang toothless, (sangat kesian rupa dia). paling menayat hati..bulan nie kopak la kitaorang.moral of the story takyah la dok shah alam yang banjir nie..(ala..dah beli umah kat sini) ataupun tak payah la jalan malam2 pasal bila malam and ujan lebat, banjir tu nampak cam jalan raya jer…pasal tu la malam jumaat lepas kitaorang floating macam motor bot…

post 12 : Friday, May 11th, 2007

Kebakaran petang itu!

Semalam..dirumah mak aku kat taman melawati. Satu kejadian yang selama nie tak pernah kitaorang sekeluarga alami. Aku kan dah abis belaja,so aku gie la lepak2 umah mak aku petang tu,sajer nak kasi chance kat abah main2 ngan cucu dia.mak pulak tido kat bilik sebab sakit kepala.addin tido and aku ngan abah dok depan laptop sebab nak siapkan minute of meeting surau abah tu.Tetiba aku dengar suara maid jiran mak aku jerit2 API! Api!aku pun rush la tgk kat tingkap, rupanya rumah bawah apartment mak aku tu dah terbakar,ngeri siot! aku gabra habis sampai lupa pasal addin.yelah pasal masa kecik2 dulu kalau fire dril tu dia suh kita selamat kan diri kiter jer,tak yah amik barang2.punyala berkesannya message tu sampai anak aku pun aku terlupa,(7 second lepas aku dah rush depan pintu,baru aku terigt pasal anak aku)so the whole family rush turun ke bawah.nasib pintu rumah tu tak meletop time kitaorang turun.sebab kene lalu rumah yang terbakar tu, 1 floor 2 pintu. BOMBA datang lambat giler,aku dah risau takut2 rumah kitaorang pun terbakar jugak.tapi Alhamdullillah…takde apa2 cuma kesan asap yang teruk sangat sampai tak boleh duduk rumah.Tapi rumah orang tu terbakar dasyat la.Nasib ada pemuda-pemudi prihatin kat situ yang jadi hero masuk rumah tu kot balkoni..sebab bomba lambat sangat so they have to act first la kan.takde kemalangan jiwa.punca kebakaran start dari bilik maid orang tu. dia pulak takde kat umah.abisla maid orang tu kene belasah 10 juta tahun keje tanpa gaji.itupun kalau dia balik..kalau dia cabut..selamat la dia. anyway…kesannya..adik2 aku kene dok umah aku sekarang sampai maid kitaorang abis kemaskan rumah yang sememangnya teruk..mak ngan abah tido kat umah pasal diaorg nak supervise the house.Syukur kitaorang tak tido petang tu…sayang sekali digicam tertinggal kat rumah, so aku tak dapat document kan event tu.

comment from a friend.

Siti Zulikha Says: May 12th, 2007 at 2:49 am edit
hehehe…memang thriller la story ko…patut la menang hari tu…ko nii sememangnya pandai berrbahasa…hehe…tesis degree aku hari tupun..kalu bukan ko ngan shima tolong check sapa lagi nak menolong den….ko tengok..ayat aku yang berbelit!
yang tak tahan nak pecah perut aku…boleh ko tinggalkan di addin tu…maunyer aku nak piat telinga kau….addin mesti dah besarkan…aku pun tak sempat nak menjenguk kau…cuti sekolah ni insyaallah…aku visit…nanti aku confirmkan..Kim salam..kat mak abah ko..adik2 ko still lepak kat umah ko ke?kim salam la skali.esok aku g konvo kat Kedah…k wassallam…

post 13 : Tuesday, June 12th, 2007

Going to the next level

aku tak boleh tido sebab minum kopi kacip fatimah yang aku beli kat 7E tadi.semua nya gara2 promotion power root kat T.V tu. Ala makcik yang menang 20ribu tu.Ala,abang yang cakap "eh perangkap ker nie!".Rupanya dia menang 20ribu..pastu abang yang cakap "Sapa nak kasi 500 macam tu aja"!.kira macam aku pun ada hati nak menang dan menang lagi bersama power root la. Tapi hampeh, yang aku dpat tak bleh tido malam nie.Apa? Perform? ehmm..nantilah malam jumaat.sekarang nie aku nak citer pasal dilema aku dalam mgu2 lepas nie.
Sejak akhir2 nie i’ve been thinking a lot about the next level of my studies, and immediately lepas taklimat scholarship aku haritu…aku decide untuk belajar kat Malaysia saje.Why? and why not? sebab aku rasa Malaysia tak kurang jugak hebatnya…Kita pun ada kepakaran yang bertaraf international. Dan aku yakin banyak lagi research yang boleh dijalankan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada kat Malaysia nie. Plus,klau aku merantau dalam situation aku sekarang,mesti aku depress.sebab aku kan dah ada package sekarang,me,my hubby and addin.bukan diaorang ni yang buat aku depress,tapi ‘the situation that i’m going to put them in’ akan mengcomplicatedkan lagi pembelajaran aku.abang dah ada job yang stable kat sini,our teratak baru jer nak start bayar,and addin pula semakin rapat dengan grandparent dia.Aku pula,well, aku rasa belajar kat sini tak payah pk pasal shelter,transport,supervisor pun senang nak pilih.Paling penting,aku dkat dengan parent aku.(itu sebenarnya kisah dia!) Anyway…aku rasa belaja mana2 pun sama.Memang aku teringin nak merantau ke negara orang, tapi aku rasa kalau aku gie visit jer pun dah o.k instead of duduk kat sana selama 3 or 4 years.Lagipun aku still ada peluang untuk bentang research aku kat luar kalau ada prospect.betul tak? There’s always a room to squeeze in la.Klau takde pun takpe…visit jer pun o.k! Klau nak gie visit,kene simpan duit…SO..GAmBATTE! U.K, Japang,U.S…

post 14 : Tuesday, June 26th, 2007

I miss my life

i miss my life.bukanla aku takde life sekarang.it’s just…aku nak kehidupan aku yang busy..busy..busy..tu..sebab apa? kalau aku busy,aku mestila tak makan banyak…and bolehla kurus..ehehe..tension la bila berat badan naik.rasa macam nak makan jer 24 hours.rasa macam lost hope dah ni.ada cadangan tak macam mana nak kurus cara yang paling efisien.orang kata diet carb,tapi aku tak bleh la nak diet carb pasal aku breastfeed anak aku..ehm..pills..say no to pills.ehmm..exercise la sebenarnya jalan yang terbaik..but i got no time la selain malam..anyway…sekarang nie banyak sangat godaan fast food kat sini, mcd 24 hours 2 minutes away from my apartment,snack food bawah rumah.giler aaa…ini ,macam banyak susah la nak kurus.aku dah naik 10kg since lahirkan addin…ARGHHH! depressnya…

No comments:

Post a Comment