Thursday, January 19, 2012

First love.true love.

Alhamdulillah,aku hamba yang sgt tak pandai bersyukur. Allah maha besar,aku telah ditemukan dengan NFMA yang hampir 11 tahun aku cari. Dalam blog2 aku yang aku privatekan,aku pernah berkata pada diri aku sendiri kenapa aku redha dengan perceraian aku. Krana aku xpernah lupakan NFMA. November 2011, pada aku adalah climax pencarian aku bila aku terjumpa dengan dia dikenduri kawen adik dia.hurm,mak macam rancang dengan mamanya utk temukan aku dengan dia. Mak mungkin faham bila aku pernah bagitau mak yang aku tak mampu lupakan dia pada 2007 dlu.ye,kami dah berkawan sejak kecil lagi.family friend. Teringat masa kecil dlu,bergambar 4 orang,aku kakak aku,dia dan abgnya ditepi pantai. Masing2 baru 4,5 tahun. Kemudian bercinta pula ketika berumur 17. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang kedua utk minta maaf pada dia diatas segala kesalahan yang aku lakukan pada dia 11 tahun yang lalu.

Terigt kembali satu masa dulu,bila aku menyesal diatas segala kesalahan yang aku lakukan pada dia. Ye,aku mengaku aku hanya pentingkan dunia sosial aku tanpa fikiran perasaan dia yang sgt2 menyayangi aku. Tapi, i was 19,apala yang aku tahu tentang kehidupan sebenar.selepas kehilangan dia, baru aku faham....dia first love aku.aku first love dia.betapa tak adilnya aku bila hanya pentingkan dunia social aku tanpa fikirkan hati dia.

Pemergian dia ke UK, bagi aku satu titik kehilangan segala kehidupan aku. Dan satu permulaan kehidupan sebenar kami. Sedih macamana pun waktu tu,aku tetap appreciate segala yang terjadi kerana waktu tula aku jadi orang yang sebenar,dan dia sedar kekecewaan dia perlu diubat dengan sesebuah kejayaan.

Ya,Dia seorang yang sangat2 berjaya sekarang. Aku bangga sangat dengan dia. Dengan segala penganugerahan dan kejayaan demi kejayaan, terbukti bahawa dia menukar segala duka kepada kegembiraan yang tiada batasnya.

Aku teringt satu masa dlu, hey, dia cinta pertama aku. Kami sama2 naik motor buruk dia kesana kemari. Kami sama2 jatuh moto kerana bergaduh. Kami sama2 menangis di bus stop dalam hujan,pukul 4 pagi,kerana x sanggup kehilangan masing2. Orang kata tu cinta monyet. Tapi kalau cinta monyet,takkan aku tak boleh lupakan dia selama 11 tahun ni. takkan la dia terlalu kecewa dan snggup bawa diri sampai ke uk dengan hanya duit rm400 je.bila fikirkan balik, bukankah itu baik bila kini,kerana kekecewaan dlu, dia mampu menjadi public figure sekarang. Seorang yang disegani,disanjung,disebut oleh malaysian atas kejayaannya.ye dia telah mengharumkan nama malaysia di sana,ye, dia pelajar cemerlang disana,ye,dia tokoh terbilang sekarang.ya dia terlalu kecewa,kerana aku.Tapi,bukankah itu terbaik buat kami, bila kami sama2 berjaya sekarang. Jika kekecewaan tu tak terjadi,mungkin aku dan dia tidak akan berada di tempat kami berada sekarang. Allah Maha besar, percaturan kehidupan kami dibina atas kegagalan cinta pertama yang sangat ikhlas satu masa dahulu.

Demi Allah, aku gembira sekarang.Dalam 11 tahun mencari dan menunggu,pasti ada masa2nya aku akan menangis kerana terlalu rindukan dia.Dulu,hanya membaca paper, blog bloggers yang mengagumi dia dan tv untuk tahu keadaan dia.Kini,Allah temukan aku dengan dia juga.tak kira apa keadaan kami sekalipun, aku still sayangkan dia seperti dlu. Pencarian aku dlu, walaupun tak pernah berjaya,kini buat aku faham kenapa ianya gagal. Beribu email dikirim tidak pernah berbalas, duit yang dikumpul untuk dapatkan dia di uk tak pernah cukup. Rupanya,tuhan nak temukan kami sekarang. Kerana Dia rancangkan sesuatu untuk kami. Aku bertanya pada NFMA, kenapa tak pernah balas segala email aku.jawabnya, dia terlalu kecewa.dan tak sanggup berjumpa dengan aku kerana tidak mahu dikecewakan lagi. Kerana dia tahu dia akan sentiasa beri peluang pada aku seperti sekarang, NFMA thanks kerana maafkan nur. Terima kasih kerana masih disitu.

Aku bangga dengan dia,dan aku bangga kejayaan kami hari ini atas kekuatan cinta kami dulu.kalau aku berpeluang untuk menulis kisah cinta kami ini, aku sanggup karangkan..sebab ini true love.

Friday, April 15, 2011

minggu2 stress

minggu ni dan minggu2 yang akan datang...adalah mgu2 stress aku. Catalog LOAD, progress students final untuk subject minor and major. Meeting2 Ann&;N, marking, konvo,interview pelajar2 semester depan. fuh...setiap semester, akan tempoh perkara-perkara ini. At least, aku kena ambil masa lebih kurang 1bulan setengah untuk sabar and konon2 be tuff to handle all at one time. tak sabar rasenya nak cuti panjang.yihu!

Aku dah ade plan untuk cuti nie. but all of my plans, semua nak kena pakai duit. Yang pasti, bulan 7 aku nak ke Sarawak dgn geng2 aku. Yeay, Rain Forest Music Festival! xsabar rasanya nak kesana. but, b4 that, i would like to own my lumix GF2. mcamana tu? errgh! duit tu.

Aku juga, ade plan nak jadi cyclist. Dah start survey bicycle. tapi mahal giler bicycle sekarang. ade yang sampai cecah harga kereta. Kopak2. well, maybe for a start aku nak cari yang bawah 4 ribu kot. maybe yang aku boleh ride area2 bukit jelutong ni at nite. teringat zaman2 sekolah dulu. Mak kata aku sorang je yang ade hobi cycling dari kecik sampai besar. n now, nurman, adik bongsu aku dah ikut step aku. kenapa tiba2 aku nak start cycle balik pun is sebab dia. well,last weekend, aku ride mountain bike n fixie dia kat area2 rumah mak. rase seronok sangat. i should get back to my hobby so that at the same time aku dptla berexercise and release a bit of my tense. kan..kan.

Ape2 pun, semester ni, aku rase happy sangat dengan diri aku. aku happy dengan pencapaian yang aku lakukan untuk diri aku sendiri. aku xperlu compete dengan sapa2, tapi still puas hati. Aku happy bila dapat adakan pameran untuk students photography aku. Aku dapat rasakan, ini adalah permulaan yang baik untuk department aku dan juga pembangunan students. bagi aku, bila ade exhibition2 macam ni, secara tak langsung, dpt built up level of confident students untuk appear as students of photography and Creative Imaging di Uitm Shah Alam. tambahan lagi dengan persaingan antara students aku dan photographer diluar yang sering kali jadi topic hangat yang dibincangkan dan dipersoalkan oleh public. InsyaAllah, semester depan, aku nak organize satu lagi pameran dan kali ni, aku nak tonjolkan speciality setiap individu pelajar2 aku mengikuti genre2 photography yang mereka minat. Hopefully aku dpt laksanakan...

Load pula, aku rasa, aku dpt team yang strong juga semester ni.Alhamdulillah, sesi photography dah setle sekali dgn editing dan aku syukur dpt kerjasama yang baik dari pelbagai pihak. Team LOAD kali ni, nampak mcm slow,tp semuanya laju.maybe its too early to tell them but, Faiz, Adie, Mahat, Mira, Amoi, Anis, Muaz, Shamir and Suhana, thanks to u guys for making it happen. Aku improvise skit dari segi shot2 dalam studio, and cuba minimalkan usage of graphic. Penekanan terhadap photo and illustration will be dominae the whole concept of this edition. The Head will be the theme. dari segi enhancement of layout aku xpasti lagi, but i really hope that aku dpt siapkan awal and dpt convince dekan untuk print diluar supaya dpt diedarkan pada semua students part 6 sebelum semua keluar.

Ape2 pun, aku happy dengan stress2 yang aku face sekarang, and hopefully cuti nanti aku dapat enjoy dgn benda2 yang best2 n berbenefit utk physical and mental aku. :)

Monday, April 11, 2011

janda.

Ape ntah...lapan tahun dah tak menulis.i mean setahun. setiap kali nak menaip, aku rase nervous giler. rase bnyk benda nak tulis,tapi blank pastu. ok, aku rase setiap semester, aku akan nervous bila sampai ke hujung semester. plus semester ni aku rase yang paling mencabar skali. kenapa ye? tak tau la.maybe sebab aku dah start business sendiri n comitment aku pada UiTM. tapi Alhamdulillah setakat ni aku tak abaikan ape2 lagi...ehm...kalau aku terabai, mungkin aku tak perasan la kot. tapi kalau dpt komen dari students or org2 kat ofis aku kene terima la kan.
Terasa nak tulis ttg status aku yang tak pernah2 aku luahkan..status yang paling panas. maybe sumtime org kene faham kot antara aku dan status yang aku pegang ni. nak tau ape rase dia?
JANDA ni, kehidupan yang sgt mencabar. sentiasa, ade komen yang sgt2 tak membina. kebanyakkan hanya menjatuhkan semangat je.kalau tak kuat..boleh rosak hidup orang. tapi kalau tak kuat, mmg la bodoh. aku tak suka orang pandang aku bodoh. biar ape pun cabarannya, kne tempuh dulu, pastu baru boleh justify bodoh or tak.
Contohnya baru2 ni, tapi yg ni aku rase lawakla, tak mencabar sangat. aha. boss aku bgtau, ade students komplain aku sexy.aha...sapa suh tgk.ye dak. tapi ye la kan.ni kan uitm.mana le sexy2.sahsiah pensyarah. ni PA dekan aku la sampaikan pada aku, so aku terima la.dia cakap, kalangan staff pun ade yang tak senang duduk.katenya sejak aku pegang status MJ ni, aku menjadi2 plak.
hurm...macam2 tanggapan orang ye. well, pada aku, aku cuma jaga penampilan je. aku taknak org tgk aku loser, selekeh,takde pembangunan diri...tapi disalah tafsir pulak. dh ade duit n kemampuan utk bergaya, bio le.ye dak? ape2 la,aku amik bnda tu sebagai positive komen je la.sayang bebeno deme ke aku...aha. pasni aku nak pakai baju kurung je.hurmm..adoi, dah la baju kurung pun tak berapa nak ade sgt. n aku rase pakai bju kurung pun sexy gak. ok..positive2! aku kene balance..
Pada aku, tak semua komen aku kene terima bulat2kan..maybe ade kalanya...suara2 cemburu2 je yang buat semua nie jadi. pada aku...selagi aku tak kacau orang, aku tak nak serabut2 pk ape org cakap.
Ehm..ramai yang tnya, kenapa aku sentiasa happy mcm tak pernah ade masalah, walhal aku sedang menempuh fasa paling stress sebab bercerai n so on. aku cuma boleh jawab, aku selalu fikir positive and selalu move on...tu je. yang lain2 aku pasrah pada Allah....so aku boleh lupa masalah2 yang konon2nya berat bagi sesetengah org.
Oh ye...sepatutnya aku kene stress ker? well, aku tak pilih jalan tu...puas kene pandang serong, dipandang hina oleh org, baik org sekeliling or students yang blum boleh faham kehidupan yang sbnr, dah rase semuanya, tapi, kenapa aku ok? sebab maybe...maybe...aku tak guna duit derang utk makan kot? aha, salah ke status JANDA tu nak hidup dalam dunia nie? aha, aku terasa lawak bila aku type statement ni. takpe...biar aku jawab...aku suka sgt2 life aku sekarang..aku rase aku bebas tentukan siapa diri aku, dan aku boleh memajukan diri aku 30 langkah dari yang sblmnya. tapi aku tak nafikan..kehidupan berumahtangga pun seronok...tapi dah ini yang aku pilih...so aku kene la pandai bela hidup aku kan.
Aku happy bila tgk aziz dah move on n dah kawen.plus i think dia dapat wife yang baik utk dia n addin. of cos la aku jeles dgn dia, sebab dia dah ade life baru yang sangat baik...maybe satu hari aku juga akn bahagia mcm dia...cuma masa je belum tiba...aku syukur ade kawan2 baik disekeliling yang secara tak langsung, jadi penasihat dalam hidup aku. aku sayang sgt2 kawn2 aku. oh ya, kadang2 ade students yang memahami dan pandai bagi semangat pada aku.maybe, happen to their parent or ahli keluarga kot.tak pun derang mmg positive thinking. tu yg aku suka bila muda2 lagi dah ade thinking mcm tu.
Apa lagi obstacles yang aku selalu dpt? cabaran2 yang paling aku kurang gemar is bila aku selalu kene harrased. tu yang mcm sakit skit. tapi bila aku baca2 balik ttg kehidupan orang2 mcm aku, dugaan tu adalah yang the favourite one. mcmana aku tangani? stakat ni aku blum bebrapa bijak..walaupun dah 3 tahun menjanda dan dah berpuluh kali diharrased dgn verbal, nonverbal and context. maybe aku kene blaja martial art kot? hehe.ape2 pun, semua lelaki yang harrased aku tu, aku cuma boleh kate, kome ni otak penuh selut and perangai mcm syaiton. aku doakan derang semua dijauhi la dari aku, dan maybe satu hari kalau kene kat anak,isteri,adik, kakak derang...nanti baru derang faham.
Selain dari semua masalah2 tu, aku rase im in good condition. aku rase lebih confident dengan diri aku, aku semakin matang membuat keputusan, semakin pandai protect diri aku dan lebih baik dalam handle masalah2 kehidupan yang lain. Aku syukur sebab mak abah sentiasa support aku. hari2 call aku nak pastikan yang aku ok...aku manusia paling beruntung..tak tau nak buat ape tanpa mak dan abah..kelmarin, birthday aku, aku send msg ucap terima kasih pada mak and abah sebab sentiasa support aku..tapi kelakau pulak, sebab abah reply balik msg.." kakja, kamu buang tebiat ke ape ni?"..aha...abah, kalau abah nak tau...saya sayang sangat2 dengan abah.biarla abah cakap ape pun...pada saya,abah lelaki yang paling bertanggungjawab pada anak dan isteri dan takde lagi lelaki macam ni zaman sekarang...huh..sedih aaa.
Konklusi utk semua2 ni, aku just nak berazam pertingkatkan lagi taraf hidup aku. mak , abah, addin ,ANN & N, UiTM..skang ni, ni la priority aku. hopefully dalam masa terdekat ni aku dapat sambung PhD aku. aku taknak orang pandang hidup aku serendah2 status aku...aku nak buktikan pada semua, yang aku mampu tangani semua masalah dalam hidup aku. positive thinking adalah pegangan hidup aku. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk laksanakan azam aku....amin.

Friday, August 13, 2010

no broken hearted girl

im totally a broken hearted girl.
Ya Allah ku.tenangkan hati insan mu yang kehilangan ini.
berikan aku petunjuk dan kekuatan untuk menjadi kuat.
aku perlukan hati yang bersih dan pasrah serta jiwa yang tenang...
aku hilang semuanya...

Thursday, April 22, 2010

being professional

how am i suppose to act or b professional, when it comes to questioning my creadibility n profession. how could a bunch of students questions my marking scheme on how i marks sumone yang derang tak suka. ARGHHHHHHH! btw, its been a while aku tak menulis since my last post. i guess, harini aku betul2 marah selepas ape yang jadi on MEi tahun lalu dgn budak final year tu.

ok nur, welcome back to your blog yang dah lama tak bersentuh nie.sampai aku pun lupa passwordnya. btw, back to the story.

few days back,ade few things terjadi pada students part X aku. derang dah bergaduh2 sebab tak puas hati dengan sorang classmate derang yang selalu outshine dalam kelas,yang selalu mendpt pujian dari pensyarah. aku tak pasti la dengan pensyarah2 yang lain. but for me,giving creadit n pujian pada students adalah more to style aku, y? sebab aku suka bagi semangat pada students yang deserve mendapatnya.while yang tak dipuji tu pun, dpt jugak habuan aku.

APA YANG BUAT AKU MARAH HARINI? aku marah lagi terperanjat n tak sangka sgt2 sebab i just found out that students yang aku rapat, yang aku selesa,yang aku senangi,yang aku segala-galanya, buat benda2 yang tak logik.

APA DERANG BUAT? Creating FB account of hating sumone? wat daaa? oh,my GOD.pada aku benda nie besar sgt.yang paling2 aku tak percaya,majority students aku ade dalam that group. inside the account,bnyk la comments yang pada aku so childish, so unrational, so groupy, sebab of cos ade yang mempersoalkan creadibility pensyarah. aku tak sangka sangat2. so,today aku mainkan peranan as seorang kakak n lecturer, by asking one of students yang paling aku senangi to shut down or delete that account. aku tak nak budaya mat salleh nie menular dalam attitute students aku.
i guess that would b the best way to show my concern n eliminate perkara-perkara tak elok ni terjadi dalam institusi pengajian exspecially when it comes to my department n my students.

end of that part, dtg pulak part lain, ttg classmate yang dibenci oleh students2 nie tadi, rupanya aku pun baru dpt tau yang student2 aku nie tadi semuanya tak puas hati dengan aku sebab aku puji2 n bagi marks tinggi pada si X yg derang tak suka nie tadi. macamana la aku nak bagi budak2 nie faham, yang belajar kat universiti nie mmg la kene ade full comitment,n bila ade full comitment,baru korang boleh buat keje baik2,n bila buat keje baik2,n meet all the requirement yang pensyarah nak,of cos la ko score,dpt pujian dari pensyarah. tu je tips nye.

kalau bodoh,sombong,kelas dtg tak dtg, progress haram nak tunjuk,ko rasa ko bagus sgt, mmg ko dpt cukup2 makan je laaa. hm...tak payah la korang nak soalkan dan bandingkan markah yang diberi oleh pensyarah, dgn ilmu yang korang ade time Diploma dulu, itu pun entah korang commit ker tak dgn ape yang korang belajar kat sana. Sah2 la aku nak jadi pensyarah ni kene ada ilmu, n segala persiapan utk ngajar korang. jgn jadi bodoh sampai nak mempersoalkan judgement aku. Dalam profession aku sbagai pensyarah, i'll help all of my students yang ade comitment n nak berjaya. Ada kemahuan n tunjuk minat will of cos menjadi pilihan aku utk lebih membantu. pilih kasih? banyak je students yang rapat, yang baik dgn aku, tapi tak score2 pun.sebab? ko rasa ko baik ngan cik nur,so ko main2 je buat keje cik nur. camtu? hopefully takde la yang mcm tu.

cermin diri korang n bandingkn korang dgn art school yang ade dalam malaysia nie. tak payah tgk yang kt oversea tu,nanti jadi langit ngan bumi pulak. Attitude menjadi pelajar art n design nie, sangat la penting utk dijaga. kalau displin baik, selalu meet dateline, selalu progress work, research yang banyak dan baik, penuh dgn effort, suka mencuba benda baru, dgr cakap pensyarah, boleh buat perbandingan mana reference yang baik dan buruk, idea development yang banyak dan berasaskan rujukan dan fakta, mesti dapat produce work yang gempak. sure boleh berjaya in future. paling penting sekali is buat keje berguru,bukan bodoh sombong. bila bodoh sombong, of cos korang kelaut.

entah la..aku malas dah nak amik pusing sgt benda2 nie. Aku teringt bila dekan n bos amanatkan aku untuk mantau attitute and ambil tahu hal pelajar,sebab aku ni seorang je perempuan yang mcm kakak n mak pada students photo nie.aku gagal? or maybe perkara2 nie terjadi sebab manusia nie mmg dah ade package hasad dengki dalam diri dia.tapi package ni boleh dicontrol kalau betul caranya. i guess, aku patut pejam mata je lepas nie dgn benda2 ni, if not...aku sendiri akan marah n dissapointed. Im trying my best utk menjadi pendidik yang mampu menyampaikan ilmu yang baik pada pelajar tanpa harapkan balasan. apa2 pun. aku doakan derang akan berbaik cepat2 n takde lagi perkara2 nie berlaku. Amin.

Monday, May 4, 2009

OO Syetttt!

aku rase cam piss off sangat malam nie bile tetiba aku teringatkan pada seorang student aku yang aku bakal asses rabu nie. seperti biasa tiap2 malam lepas bagi addin makan..both of us will relaxs, me on my sofa n addin will be inside tent dia n ngadap BEN10 dia tu. while watching tv..to be axact diary A.F yang xpnh2 aku buka, dan mase cikgu hajar tu mengajar, tetiba aku cm terflash back pada wajah2 student2 part 6 photo yang bakal aku ases. aku scan wajah sorang demi sorang...bayangkan muka derang..pastu work coffeetable book derang..hmm...semua dah siap dan dah proceed dgn aku...even rmai yang datang last minute..tapi aku puas hati bila semua datang jumpa aku walaupun smpai pukul 3 pagi kt umah aku ahad yang lepas..soo..aku rase tenang dan happy..dalam kekusutan yang aku hadapan lately..ade jugak sesuatu yang menenangkan hati aku...so,aku alihkan balik tumpuan aku pada tv.Tapi....tetiba ada satu scene dalam af tu menunjukan sorang student kene marah..n tibe2 jugak....zraaaaassss! berderau darah aku bila aku terbayang sorg student part 6 dalam kelas aku niee...trus menyinar2 mate aku...berapi2 tetibe..scene demi scene kuar dalam minda aku nie...baru aku teringt yang dia ni..tak datang langsung proceed work final yang consist of 50%, dgn aku, dia tak langsung datang ok!..selepas beberapa kali proposal dia di tolak..dia langsung2 tak datang!..n i guess dia mmg nak carik pasal dengan aku. yang buatkan aku rase lagi oosyetttt! bila aku dpat tahu yang untuk subject major dia..dia pulun sakan2 sampai dapat 2nd highers mark dalam kelas dia, n thesis dengan lecturer lain..dia leh datang progress n doing well....F%*K**G S**T...wutda?how come dia boleh excel dalam kelas lain,tp kelas aku dia tak show up,tak hantar mock up, tak tunjuk progress? so...... i made my own conclusion yang maybe..., dia tak suka kat aku which aku tak kesah pun pasal bukan ko yang bayar gaji aku! so, what da heck! kalau ko tak suka aku pun..dtg jela tnjk work ko..bukan aku suh ko ketuk ketampi ke, pumpin 10 juta kali ker, makan burger 10 juta bijik ke...pk la skit marks yang dia akan dapt lantaran sikap dia yang cm eeeiii...tut tu! ini kelas minor 4 credit hours, bukan 2, bukan 3...tak boleh ke letak perasan tak suka aku tu ketepi dulu. Aku baru teringat skang yang budak nie..kalau dia nampak aku or terserempak ngan aku, dia akan buat selamba badak n tnjk kurang ajar dia cm aku nie dia tak penah kenal. Eiii..geramnye, x mintah smbah aku pun, segaris senyuman will do! so..berbalik pada situasi aku yang tgh marah tadi nie, aku tak puas hati so i make a call utk comfirm kan yang firasat aku nie btul about her...i call up sorang student yang aku rapat smbil apa masalah dia dgn aku n ade tak sape2 yang tau tajuk coffeetablebook dia just incase dia pnh datang skali tpi aku terlupa pasal lately aku bnyk sangat makan semut kat umah nie. Aku nie dah tak kuasa nak call student nak remind and macam2..tp nasib la student yang aku rapat nie she volunteer to call that girl utk mendapatkan kepastian.. n turn out that that girl mengaku yang dia tak pernah dtg progress work aku tapi dia dah siapkan work dia...waahh..wah...bnyk cantik muka ko...! fine..fine..to be fair to everyone..aku akan menggunakan professionality aku utk suh dia blah time presentation nanti...HAHAHAHAHA!.......xla..aku tak sekejam itu.aku pun xnak tgk muka dia lagi next sem..so biarla dia habes sem ni..just markah dia la kan..4 credit hour o.k..u wanna mess wif me? hehe..aku nie bukan ape..aku tau yang menjadi seorang pensyarah nie, bukan senang...n bukan semua student suka dengan kite..tp..please la letak perasaan tak suka korang tu ketepi n pkkan masa depan korang...dalam criteria permarkahan aku xpenah ade collumn markah "dia tak suka aku or aku tak suka dia : 30%"...kalau xcaya meh la datang bilik aku tunjuk skeme markah aku.huhu!

Wednesday, April 22, 2009

flash training at ilqam

guys,guess what?..yesterday n today,aku join course adobe flash kt ilqam (UiTM training center). kenapa aku join? first of all,aku dah boring duduk dalam a.d n nak jalan2 dalam uitm which is kinda suck bila susah sgt nak dapat parking...secondly,aku saje nak memantapkan ilmu pengetahuan aku (hu,hu).remember? i'm a pendidik,so pendidik kenala berpendidikan.. tul tak?

citer dia bermula bila agak ramai jugak students yang datang n bertnya pada aku 'cik nur, tau tak guna flash? saye nak mintak tolong sikit laaa....' AYAK! o.k..benti kat situ kejap, flash back skit, berpatah balik pada asal usul aku yang mana aku nie budak grafik dulu...and belajar semua2 tu...o.k..now fast forward skit....jawapan aku pada student tu ' Alamak ali,saye pun dah lupa laaa'...haaaa....at that moment..exactly that moment...aku cam rase hampeh sangat..wut kind of lecturer grafik kalau xtau guna flash.tul tak? anyway,aku xsalahkan diri aku or sape2 pun..cos remember, aku ade bidang major aku sendiri, iaitu publication n advertising design. flash tu its just another medium yang aku kene tau...yang penting is basic design tu..tapi xboleh la smpai xtau langsung kan..

so..tu la citer dia kenapa aku ade kat training course flash nie..n aku suka sgt sbb aku rase mcm bende tu berguna pada aku..untuk buat apa? haaaa..yang tu kenela tgu (actually aku pun takde idea lagi) ..but.....at least,len kali kalau student dtg and tnye lagi.. aku leh le jawab "oh Flash! senang je..meh saye ajak basic k, selebihnyer awak explore sendri k!"