Thursday, January 19, 2012

First love.true love.

Alhamdulillah,aku hamba yang sgt tak pandai bersyukur. Allah maha besar,aku telah ditemukan dengan NFMA yang hampir 11 tahun aku cari. Dalam blog2 aku yang aku privatekan,aku pernah berkata pada diri aku sendiri kenapa aku redha dengan perceraian aku. Krana aku xpernah lupakan NFMA. November 2011, pada aku adalah climax pencarian aku bila aku terjumpa dengan dia dikenduri kawen adik dia.hurm,mak macam rancang dengan mamanya utk temukan aku dengan dia. Mak mungkin faham bila aku pernah bagitau mak yang aku tak mampu lupakan dia pada 2007 dlu.ye,kami dah berkawan sejak kecil lagi.family friend. Teringat masa kecil dlu,bergambar 4 orang,aku kakak aku,dia dan abgnya ditepi pantai. Masing2 baru 4,5 tahun. Kemudian bercinta pula ketika berumur 17. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang kedua utk minta maaf pada dia diatas segala kesalahan yang aku lakukan pada dia 11 tahun yang lalu.

Terigt kembali satu masa dulu,bila aku menyesal diatas segala kesalahan yang aku lakukan pada dia. Ye,aku mengaku aku hanya pentingkan dunia sosial aku tanpa fikiran perasaan dia yang sgt2 menyayangi aku. Tapi, i was 19,apala yang aku tahu tentang kehidupan sebenar.selepas kehilangan dia, baru aku faham....dia first love aku.aku first love dia.betapa tak adilnya aku bila hanya pentingkan dunia social aku tanpa fikirkan hati dia.

Pemergian dia ke UK, bagi aku satu titik kehilangan segala kehidupan aku. Dan satu permulaan kehidupan sebenar kami. Sedih macamana pun waktu tu,aku tetap appreciate segala yang terjadi kerana waktu tula aku jadi orang yang sebenar,dan dia sedar kekecewaan dia perlu diubat dengan sesebuah kejayaan.

Ya,Dia seorang yang sangat2 berjaya sekarang. Aku bangga sangat dengan dia. Dengan segala penganugerahan dan kejayaan demi kejayaan, terbukti bahawa dia menukar segala duka kepada kegembiraan yang tiada batasnya.

Aku teringt satu masa dlu, hey, dia cinta pertama aku. Kami sama2 naik motor buruk dia kesana kemari. Kami sama2 jatuh moto kerana bergaduh. Kami sama2 menangis di bus stop dalam hujan,pukul 4 pagi,kerana x sanggup kehilangan masing2. Orang kata tu cinta monyet. Tapi kalau cinta monyet,takkan aku tak boleh lupakan dia selama 11 tahun ni. takkan la dia terlalu kecewa dan snggup bawa diri sampai ke uk dengan hanya duit rm400 je.bila fikirkan balik, bukankah itu baik bila kini,kerana kekecewaan dlu, dia mampu menjadi public figure sekarang. Seorang yang disegani,disanjung,disebut oleh malaysian atas kejayaannya.ye dia telah mengharumkan nama malaysia di sana,ye, dia pelajar cemerlang disana,ye,dia tokoh terbilang sekarang.ya dia terlalu kecewa,kerana aku.Tapi,bukankah itu terbaik buat kami, bila kami sama2 berjaya sekarang. Jika kekecewaan tu tak terjadi,mungkin aku dan dia tidak akan berada di tempat kami berada sekarang. Allah Maha besar, percaturan kehidupan kami dibina atas kegagalan cinta pertama yang sangat ikhlas satu masa dahulu.

Demi Allah, aku gembira sekarang.Dalam 11 tahun mencari dan menunggu,pasti ada masa2nya aku akan menangis kerana terlalu rindukan dia.Dulu,hanya membaca paper, blog bloggers yang mengagumi dia dan tv untuk tahu keadaan dia.Kini,Allah temukan aku dengan dia juga.tak kira apa keadaan kami sekalipun, aku still sayangkan dia seperti dlu. Pencarian aku dlu, walaupun tak pernah berjaya,kini buat aku faham kenapa ianya gagal. Beribu email dikirim tidak pernah berbalas, duit yang dikumpul untuk dapatkan dia di uk tak pernah cukup. Rupanya,tuhan nak temukan kami sekarang. Kerana Dia rancangkan sesuatu untuk kami. Aku bertanya pada NFMA, kenapa tak pernah balas segala email aku.jawabnya, dia terlalu kecewa.dan tak sanggup berjumpa dengan aku kerana tidak mahu dikecewakan lagi. Kerana dia tahu dia akan sentiasa beri peluang pada aku seperti sekarang, NFMA thanks kerana maafkan nur. Terima kasih kerana masih disitu.

Aku bangga dengan dia,dan aku bangga kejayaan kami hari ini atas kekuatan cinta kami dulu.kalau aku berpeluang untuk menulis kisah cinta kami ini, aku sanggup karangkan..sebab ini true love.