Monday, April 11, 2011

janda.

Ape ntah...lapan tahun dah tak menulis.i mean setahun. setiap kali nak menaip, aku rase nervous giler. rase bnyk benda nak tulis,tapi blank pastu. ok, aku rase setiap semester, aku akan nervous bila sampai ke hujung semester. plus semester ni aku rase yang paling mencabar skali. kenapa ye? tak tau la.maybe sebab aku dah start business sendiri n comitment aku pada UiTM. tapi Alhamdulillah setakat ni aku tak abaikan ape2 lagi...ehm...kalau aku terabai, mungkin aku tak perasan la kot. tapi kalau dpt komen dari students or org2 kat ofis aku kene terima la kan.
Terasa nak tulis ttg status aku yang tak pernah2 aku luahkan..status yang paling panas. maybe sumtime org kene faham kot antara aku dan status yang aku pegang ni. nak tau ape rase dia?
JANDA ni, kehidupan yang sgt mencabar. sentiasa, ade komen yang sgt2 tak membina. kebanyakkan hanya menjatuhkan semangat je.kalau tak kuat..boleh rosak hidup orang. tapi kalau tak kuat, mmg la bodoh. aku tak suka orang pandang aku bodoh. biar ape pun cabarannya, kne tempuh dulu, pastu baru boleh justify bodoh or tak.
Contohnya baru2 ni, tapi yg ni aku rase lawakla, tak mencabar sangat. aha. boss aku bgtau, ade students komplain aku sexy.aha...sapa suh tgk.ye dak. tapi ye la kan.ni kan uitm.mana le sexy2.sahsiah pensyarah. ni PA dekan aku la sampaikan pada aku, so aku terima la.dia cakap, kalangan staff pun ade yang tak senang duduk.katenya sejak aku pegang status MJ ni, aku menjadi2 plak.
hurm...macam2 tanggapan orang ye. well, pada aku, aku cuma jaga penampilan je. aku taknak org tgk aku loser, selekeh,takde pembangunan diri...tapi disalah tafsir pulak. dh ade duit n kemampuan utk bergaya, bio le.ye dak? ape2 la,aku amik bnda tu sebagai positive komen je la.sayang bebeno deme ke aku...aha. pasni aku nak pakai baju kurung je.hurmm..adoi, dah la baju kurung pun tak berapa nak ade sgt. n aku rase pakai bju kurung pun sexy gak. ok..positive2! aku kene balance..
Pada aku, tak semua komen aku kene terima bulat2kan..maybe ade kalanya...suara2 cemburu2 je yang buat semua nie jadi. pada aku...selagi aku tak kacau orang, aku tak nak serabut2 pk ape org cakap.
Ehm..ramai yang tnya, kenapa aku sentiasa happy mcm tak pernah ade masalah, walhal aku sedang menempuh fasa paling stress sebab bercerai n so on. aku cuma boleh jawab, aku selalu fikir positive and selalu move on...tu je. yang lain2 aku pasrah pada Allah....so aku boleh lupa masalah2 yang konon2nya berat bagi sesetengah org.
Oh ye...sepatutnya aku kene stress ker? well, aku tak pilih jalan tu...puas kene pandang serong, dipandang hina oleh org, baik org sekeliling or students yang blum boleh faham kehidupan yang sbnr, dah rase semuanya, tapi, kenapa aku ok? sebab maybe...maybe...aku tak guna duit derang utk makan kot? aha, salah ke status JANDA tu nak hidup dalam dunia nie? aha, aku terasa lawak bila aku type statement ni. takpe...biar aku jawab...aku suka sgt2 life aku sekarang..aku rase aku bebas tentukan siapa diri aku, dan aku boleh memajukan diri aku 30 langkah dari yang sblmnya. tapi aku tak nafikan..kehidupan berumahtangga pun seronok...tapi dah ini yang aku pilih...so aku kene la pandai bela hidup aku kan.
Aku happy bila tgk aziz dah move on n dah kawen.plus i think dia dapat wife yang baik utk dia n addin. of cos la aku jeles dgn dia, sebab dia dah ade life baru yang sangat baik...maybe satu hari aku juga akn bahagia mcm dia...cuma masa je belum tiba...aku syukur ade kawan2 baik disekeliling yang secara tak langsung, jadi penasihat dalam hidup aku. aku sayang sgt2 kawn2 aku. oh ya, kadang2 ade students yang memahami dan pandai bagi semangat pada aku.maybe, happen to their parent or ahli keluarga kot.tak pun derang mmg positive thinking. tu yg aku suka bila muda2 lagi dah ade thinking mcm tu.
Apa lagi obstacles yang aku selalu dpt? cabaran2 yang paling aku kurang gemar is bila aku selalu kene harrased. tu yang mcm sakit skit. tapi bila aku baca2 balik ttg kehidupan orang2 mcm aku, dugaan tu adalah yang the favourite one. mcmana aku tangani? stakat ni aku blum bebrapa bijak..walaupun dah 3 tahun menjanda dan dah berpuluh kali diharrased dgn verbal, nonverbal and context. maybe aku kene blaja martial art kot? hehe.ape2 pun, semua lelaki yang harrased aku tu, aku cuma boleh kate, kome ni otak penuh selut and perangai mcm syaiton. aku doakan derang semua dijauhi la dari aku, dan maybe satu hari kalau kene kat anak,isteri,adik, kakak derang...nanti baru derang faham.
Selain dari semua masalah2 tu, aku rase im in good condition. aku rase lebih confident dengan diri aku, aku semakin matang membuat keputusan, semakin pandai protect diri aku dan lebih baik dalam handle masalah2 kehidupan yang lain. Aku syukur sebab mak abah sentiasa support aku. hari2 call aku nak pastikan yang aku ok...aku manusia paling beruntung..tak tau nak buat ape tanpa mak dan abah..kelmarin, birthday aku, aku send msg ucap terima kasih pada mak and abah sebab sentiasa support aku..tapi kelakau pulak, sebab abah reply balik msg.." kakja, kamu buang tebiat ke ape ni?"..aha...abah, kalau abah nak tau...saya sayang sangat2 dengan abah.biarla abah cakap ape pun...pada saya,abah lelaki yang paling bertanggungjawab pada anak dan isteri dan takde lagi lelaki macam ni zaman sekarang...huh..sedih aaa.
Konklusi utk semua2 ni, aku just nak berazam pertingkatkan lagi taraf hidup aku. mak , abah, addin ,ANN & N, UiTM..skang ni, ni la priority aku. hopefully dalam masa terdekat ni aku dapat sambung PhD aku. aku taknak orang pandang hidup aku serendah2 status aku...aku nak buktikan pada semua, yang aku mampu tangani semua masalah dalam hidup aku. positive thinking adalah pegangan hidup aku. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk laksanakan azam aku....amin.

1 comment:

  1. caj iob iob positif di dalam pemikiran. Jangan fikir yang negatif sahaja...

    ReplyDelete